Thursday, 29 September 2016

ASAS PENGGUNAAN MESIN BAITCAST(BC)

Asas Penggunaan mesin Baitcast (BC)
Saya akan menerangkan cara-cara pengunaan mesin CB ini.mesin baitcast ini tidak sama dengan kekili spinning dari segi penggunaanya. Penggunaan kekili baitcasting ini agak sukar jika dibandingkan dengan kekili spinning,latihan balingan perlulah dibuat secara kerap untuk meguasai mesin CB ini.Terdapat komponen asas pada mesin CB ini,iaitu thumb bar,spool teNsion knob dan levelwind.( SILA rujuk pada gambar).
THUMB BAR
- Jika hendak mulakan mengilat, bar ini mesti ditekan supaya spool ini dapat berpusing semasa gewang dilempar.paling penting ialah kedudukan ibu jari anda tidak terlalu rapat bagi memudahkan pergerakan tali keluar,dan untuk mengentikan spool sekiranya jatuhan gewang pada permukaan target anda.
LEVELWIND
- Komponen ini adalah untuk menyusun tali ke dalam spool ketika tali dikarau supaya tali berada dalam keadaan tersusun dan tidak kusut
SPOOL TENSION KNOB "STK" (PALING PENTING)
- Komponen ini pula adalah untuk mengawal kelajuan spool supaya spool tidak pusing dengan terlalu laju yang boleh menyebabkan Backlash ataupun "meehoon", ini kerana setiap gewang/umpan beratnya tidak sama.Anda perlu setup STK setiap kali anda menukar gewang lain. caranya ialah
1-pasang gewang pada tali utama/pin @ kelili
2-sila pegang joran anda pada kedudukan 60-70 darjah
3-tekan thumb bar dan lihat gewang ,sekiranya gewang turun terlalu laju,ketatkan sedikit STK. jika gewang turun perlahan atau tidak lancar,sila longgarkan sedikit STK. JATUHAN GEWANG PERLULAH 50% (laju) / 50% pelahan. Jika tidak ,lontaran tidak kemas/jauh dan pusingan spool tali terlalu laju sehingga menyebabkan tali bersimpul.
TIPS penggunaan mesin CB
1-sekiranya mesin cb telah lama tidak digunakan, pasang batu ladung saiz 3-5 ,dan buat lontaran bebas ,ini bertujuan untuk tali mudah keluar ,(worm up).
2-selepas tarikan ikan bersaiz besar berjaya didaratkan,anda perlu keluarkan setikit tali di spool,kerana tali tadi telah bertindih . jika tidak lontaran seterusnya tali pasti akan tidak lancar .


ARTIKEL INI DITULIS OLEH EN KIRIN PENGASAS DEEP HUNTER

No comments:

Post a Comment