Thursday, 29 September 2016

JADILAH SEORANG PEMANCING YANG BERETIKA


Kempen kesedaran tentang kebersihan di sungai mahupun laut bukanlah perkara baru di Malaysia. Pelbagai jenis iklan diadakan untuk menunjukkan kepentingan sebenar kedua-dua habitat semula jadi ini. tegarkah anda untuk merosakkan keharmonian alam semula jadi dan menjadi pemancing tidak bertamadun?
Memancing dan kebersihan, isu lapuk yang sudah banyak kali dibangkitkan, banyak kali dititikberatkan dan banyak kali juga diingatkan kepada semua kaki pancing. Namun, ia seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan buat sesetengah daripada kita. Apa tidaknya, biarpun sudah berbuih mulut memberi peringatan tetapi masih ramai lagi yang memandang enteng isu kebersihan ketika memancing ini.
Buang sampah di sungai dan laut, merosakkan tumbuh-tumbuhan, dan vandalisme di kawasan memancing adalah antara isu yang semakin hangat diperkatakan baik di media cetak mahupun media sosial. Pelik juga, tidak timbulkah sedikit kesedaran untuk kita bersama menjaga kelestarian alam ini? Tidak risaukah kita jika kita menjadi antara penyebab kepada ketidakstabilan ekosistem yang membawa kepada kepupusan ikan? Sanggupkah kita membayangkan apa yang sahaja yang akan tinggal pada masa hadapan untuk cucu cicit kita? Renung-renungkanlah.
Bukanlah hendak menuding jari kepada pemancing sahaja berkaitan isu kebersihan ini. Tapi sedikit sebanyak perkara ini memang ada sangkut-pautnya dengan komuniti memancing kerana kita antara yang paling banyak berhubungan dengan alam sekitar sewaktu memancing. Walau bagaimanapun, setiap perubahan mestilah bermula daripada diri kita sendiri. Semoga generasi muda akan dapat terus merasai tarikan ikan bersaiz sebegini.
Setiap perubahan mestilah bermula daripada diri kita sendiri. Semoga selepas ini lebih ramai pemancing mengamalkan sikap “eco-friendly” dan mula menerapkan kebersihan sebagai salah satu cara hidup ketika memancing. Jadilah contoh yang terbaik buat generasi muda. Diharapkan dengan cara ini, ia dapat dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang untuk terus menghargai alam ciptaan tuhan ini.
Diharap sekurang-kurangnya, dengan sedikit usaha yang cuba kita lakukan sekarang maka ianya dapatlah juga membantu di dalam proses menyeimbangkan kembali ekosistem yang semakin terjejas ini. Bagaimana pula dengan kaki pancing lain? Etika mengutip sampah selepas memancing perlu dimulakan mulai sekarang. Kesan pembuangan sampah kepada hidupan akuatik. Masalah kepupusan ikan mungkin terjadi jika kita tidak mula bertindak menjaga kebersihan sungai dan laut kita.
JADILAH PEMANCING BERETIKA:
Tidak membuang sampah merata-rata terutama ke kawasan sumber air (sungai, tasik, kolam, laut) seperti plastik air, botol minuman, bekas polisterine, puntung & kotak rokok.
Langkah terbaik, bawa pulang sampah (jika berada jauh dari lokasi tong sampah) dan buang ke tempat yang sepatutnya. Membakar dan tanam, adalah langkah seterusnya jika berada jauh dari tong sampah.
Tidak menebang pokok sesuka hati ketika berkhemah.
niat saya hanyalah satu
memberi peringatan buat rakan rakan akan hal ini dan utk diri saya sendiri.
sekian

No comments:

Post a Comment