IKAN TEMOLEH
Terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang semakin pupus di negara ini akibat aktiviti eksploitasi yang tidak dikawal. Ia membimbangkan, dan sekiranya langkah segera tidak diambil, kita mungkin akan benar-benar kehilangan spesis berharga ini. Berikut antara spesis yang kian pupus di perairan air tawar. Jadi jika anda berjaya mendaratkannya, fikir-fikirkanlah.
Ikan Temoleh
Probarbus jullieni atau lebih dikenali sebagai Temoleh atau Temelian di Malaysia merupakan antara spesies yang boleh mencapai saiz mega iaitu boleh mencecah sehingga 60 kg. Oleh kerana saiznya yang besar, ia lebih banyak mendiami sungai-sungai yang lebar, panjang dan dalam seperti di Sungai Pahang dan Sungai Perak. Temoleh dikatakan antara spesis pejuang yang tak mengenal erti kalah sekiranya terpedaya dengan umpan yang anda sediakan.
Lariannya yang bertenaga mampu memberi tentangan sengit kepada pemancing dan ianya tidak akan sama sekali memberikan kemenangan yang mudah buat semua kaki pancing. Diet utama ikan ini adalah moluska bercengkerang (seperti siput), anak ikan, udang, cacing dan juga tumbuhan seperti buah pisang dan betik. Namun begitu spesies ikan ini dikatakan semakin sukar ditemui pada masa kini.
gambar ihsan google
No comments:
Post a Comment